Harimau Malaya � PANTANG UNDUR, BAHAM TERUS!
Mungkin sekarang tidak ada benda lain yang diperkatakan selain daripada kemuncak perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia menentang Indonesia. Perang psikologi sangat hebat, malah ada yang melangkau lebih daripada itu.
Apapun rasa ketegangan ini hanya bersifat ”sementara” kerana ia biasa terjadi dalam sukan terutamanya bolasepak. Jadi, apa yang kita perlu lakukan sebagai rakyat Malaysia ialah, jangan terlalu agresif untuk menyerang balik kata-kata pihak lawan terutama penyokong. Sebaliknya kita sudah pun ada wira-wira yang akan bertarung di atas padang di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.
Macam anda juga, mengharapkan kemenangan, kerana ia tampak seperti bakal menjadi kenyataan. Tetapi biarlah ia dikecapi dalam keadaan yang selesa untuk dinikmati bersama. Insyaallah. Tapi jika ditakdirkan sebaliknya berlaku.... kalau lah.. kita tidak tahu... janganlah pula kita mencemuh wira-wira kita kerana mereka telah melakukan sesuatu yang cukup baik untuk negara.
Rasanya ramai tak menjangka pasukan yang tewas 1-5 pada mulanya, tiba-tiba mengganas seperti ”harimau yang baru sembuh dari luka”. Akhirnya, inilah dia... sebelah tangan sudah pun menggenggam trofi kejuaraan Piala Suzuki.
Dengan berkat doa seluruh rakyat Malaysia Insyaallah... Harimau Malaya akan mengaum di Jakarta!






